Selamat Datang

MENJUAL PELBAGAI SPESIES MERPATI DAN UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE

Pengenalan

Wednesday 5 March 2014

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN MERPATI HIAS DI MALAYSIA

              Merpati adalah sejenis burung yang tidak asing lagi di Malaysia. Ramai pengemar burung menternak merpati sejak dahulu lagi. Kebiasaannya merpati dipelihara untuk hiasan halaman dan dagingnya yang berkhasiat. Namun begitu merpati hias boleh dikatakan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Bermula sekitar tahun 2009, pelbagai jenis merpati yang unik dipelihara di Malaysia, antaranya jenis merpati Satinette, capuchin, giant runt, Modena, lahor dan banyak lagi. Keunikan merpati-merpati ini mula digemari penternak merpati sehingga pasarannya melonjak tinggi dan penternak merpati hias semakin meningkat. Harga merpati melonjak tinggi bermula dengan kenaikan harga merpati sentinet yang mencecah sehingga RM3000 hinga RM4000 sepasang. Ekoran daripada itu, harga merpati bagi jenis-jenis yang lain turut meningkat.

                      Penghujung tahun 2010, merpati mula diimport masuk ke Malaysia, pelbagai jenis merpati dari Negara-negara eropah  diperkenalkan, antaranya merpati Norwich Cropper, Gaditano, Brunner Pouter, Pomeranian pouter, scanddaroon, English carrier dan banyak lagi. Pengenalan merpati-merpati jenis baru ini semakin menjadi kegilaan pengemar merpati  sehinga sepasang merpati Norwich Cropper sanggup dibayar dengan harga RM10,500 dan sepasang Gaditano dibayar dengan harga RM13,500. Secara tidak langsung menjadi rekod harga merpati termahal di Malaysia. Penternak merpati berlumba-lumba membida harga bagi memiliki burung yang paling kualiti dan menjadi kebanggaan memilikinya. Tidak kurang daripada itu, ada juga yang sangup menukarkan sebuah kereta proton wira untuk memiliki sepasang merpati Pomeranian Pouter. Impak dari kenaikan harga merpati dan sambutannya sangat tinggi, merpati hias bukan sahaja dijadikan haiwan peliharaan sahaja, malah boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.

                          Saban hari fenomena memelihara merpati hias semakain bersemarak dikalangan pengemar merpati. Merpati hias telah banyak dibiakkan di Malaysia. Para penternak juga mendalami pengetahuan merpati hias dengan mendalam melalui internet dan juga pengalaman menternaknya sendiri. Keunikan merpati hias dinilai dengan “standard” bagi setiap jenis merpati hias yang telah ditetapkan  oleh penternak di eropah. Berpandukan standard yang ada, keunikan dan kualiti merpati hias boleh dijaga dan para penternak berusaha menghasilkan merpati yang berkualiti tingi mengikut acuan standard. Sehubungan dengan itu, pertandingan untuk mengetengahkan kualiti merpati yang dipelihara diadakan.

                      Sekitar taun 2011, pertandingan dan pameran merpati hias julung kalinya diadakan di Malaysia iaitu di Pantai Irama bachok, Kelantan. Pertandingan yang dianjur oleh seorang penternak merpati hias iaitu, Hassan, atau dikenali dengan pangilan pakcu dan dibantu oleh penternak-penternak sekitarnya bagi menjayakannya. Sebanyak lebih kurang 50 ekor merpati dipertandingkan mengikut kategori jenis merpati. Antara merpati yang dipertandingkan adalah dari jenis Modena, American fantail, Brunner pouter, Norwich cropper dan merpati Mooke. Susulan daripada kejayaan dan sambutan yang deberikan terhadap pertandingan dan pameran yang diadakan, aktiviti sebegini terus diadakan oleh pengemar-pengemar merpati hias dan dianjurkan dua hinga tiga kali dalam setahun. Dengan adanya aktiviti pertandingan sebegini, para penternak merpati dapat menilai dan belajar tentang keunikan dan kualiti merpati yang diketengahkan mengikut standard yang ditetapkan. Disamping itu ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penternak-penternak merpati hias.




Pertandingan Merpati Hias di Pasir Pekan, Kelantan, 24 March 2012

Pameran Merpati Hias di Pakcu Pigeon Farm Bandar Baru Bangi, 10 april 2011

Pameran Merpati Hias “Terengganu Pet Day” di Pekarangan Perpustakaan Negeri, 8 Jun 2013

Pameran dan Pertandingan Merpati Peringkat Kebangsaan di Pantai Irama Bachok Kelantan     
10 September 2011

Pameran Merpati Hias di Pengkalan Kubur Kelantan, 12 Disember 2011

Pameran dan Pertandingan Merpati Hias di Pantai Irama Bachok Kelantan, 22 0ktober 2011

No comments:

Post a Comment